Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima.
Ramai orang mengetahui hal tersebut. Tetapi bukan semua orang mampu memberi.
Bukan semua orang ada kemampuan untuk menjadi orang yang dermawan.
Bukan semua orang boleh bersedekah. Hanya orang yang dipilih dan ditentukan
tuhan sahaja yang boleh melakukan. Dan tak semestinya orang yang kaya sahaja
mampu menjadi golongan yang memberi.
Begitu juga pihak yang menerima. Bukan semestinya mereka golongan yang
rendah atau hina. Mereka hanya insan biasa yang tidak berkemampuan tetapi
terpaksa menerima. Sekadar memenuhi hajat keperluan diri. Mereka tetap mulia
sekiranya memandang segala rezeki itu sebenarnya daripada Ilahi. Cuma tuhan
mendorong rezeki itu daripada tangan-tangan manusia yang berhati mulia.
Tetapi siapa yang layak menerima sumbangan rezeki itu. Adakah sumbangan itu
bererti sekiranya penerima tidak berhajat atau berkehendak. Layakkah peniaga
kain menerima sumbangan sedekah berbentuk kain juga. Layakkah seorang yang
cukup makan setiap hari menerima sumbangan makanan yang sepatutnya diterima
oleh fakir miskin yang tidak cukup makan.
Teringat saya kisah seorang alim yang tidak mahu menerima sedekah daripada orang
ramai. Bila ditanya kepadanya, mengapa tidak mahu menerima sedekah tersebut.
Jawapnya,"Aku orang yang kaya, kerana aku ada tanah, makan sehari-harian cukup
dan aku tidak ada tanggungan(anak).Yang layak aku terima hanya hadiah." Jelas disini
orang alim tersebut tidak mahu menerima sesuatu yang bukan haknya. Iaitu sedekah
itu hak orang fakir miskin atau orang yang selayaknya.
Tapi pernahkah kita terfikir bahawa pertolongan itu hanya amat bererti kepada orang
yang sangat-sangat memerlukan. Tidak ada maknanya memberi kepada orang yang
tidak begitu menghargai sedekah atau pemberian tersebut. Amat menyedihkan pula
jika memberi kepada orang yang sombong atau angkuh.Walaupun dia adalah orang
yang layak menerima. Akhirnya pemberian tersebut tiada maknanya.Bagai meletakkan
mahkota di kaki kera.
Kali ini saya akan membawa beberapa kisah yang menarik berkaitan sedekah jariah.
Baru-baru ini seorang hamba Allah tiba-tiba meminta saya mengagihkan sedikit kain-kain
pelikat kepada orang yang layak menerimanya.Sememangnya bagi saya ini adalah
tanggungjawap yang amat berat.Takut tersilap bagi.Tapi saya tidak mahu melepaskan
peluang untuk membantunya.Kerana saya sendiri tidak mampu bersedekah sepertinya
buat masa ini.Saya saya pun turun ke kampung mencari bebarapa orang miskin yang
saya rasa layak menerimanya. Tengok rumah mereka.Nilai keadaan diri mereka atau
mendengar kisah-kisah disebalik kehidupan mereka.
Pada mulanya si penderma yang baik hati menyerahkan kepada saya 2o helai kain
pelikat untuk diagihkan.Di diatas adalah gambar sebahagian kain-kain tersebut.
Maka bergeraklah saya samada berbasikal atau bermotorsikal.Mencari orang yang layak
menerimanya.Usaha tersebut saya lakukan beberapa hari.Ternyata banyak perkara-
perkara yang menarik dan istimewa telah saya temui.Rupanya ramai orang yang layak
menerimanya.Ramai orang miskin.20 helai kain tersebut selesai saya agihkan.Si
penderma menyerahkan kepada saya lagi 10 helai lagi.Hanya 3 hari sahaja kain-kain
itu selesai saya agihkan.
Apakah perkara yang istimewa yang telah saya temui?Ohhh....banyak.Antaranya:
1. Saya menemui seorang ibu tua yang tinggal bersama anak lelakinya di sebuah rumah
yang usang.Jalan menuju rumahnya pun amat semak.Anak lelakinya menghadapi masalah
mental.Sudah beberapa tahun tidak bekerja dan hanya berdiam dirumah serta berulang
ke masjid sahaja.Setelah saya selidiki dia menjadi begitu kerana putus cinta.Ketika saya
menemuinya dia banyak diam sahaja.Ibunya itu hanya bekerja mengambil upah mencuci
masjid dan hampir-hampir mereka tiada pencarian rezeki yang tetap.Anak-anak yang lain
pun susah juga.Bahkan ibu tua tersebut ada mengatakan bahawa anak yang lain selalu
meminta wang daripada mereka.
2. Saya pergi kesebuah rumah yang agak kecil tetapi tinggi di satu jalan.Rumah itu menarik
kerana kedudukannya agak senget.Sampai di rumah tersebut saya disambut oleh seorang
lelaki dalam lingkungan 40 lebih.Dia mengalami masalah kecerdasan pemikiran.Agak
rendah diri.Dia tidak berkahwin dan bekerja tetap.Keluasan rumahnya lebih kurang 10 kaki
kali 10 kaki.Tapi dia masih sanggup menerima anak saudaranya untuk tinggal bersamanya.
Anak saudaranya juga tidak berkahwin dan tidak mempunyai rumah.Walau pun susah
tetapi masih membantu orang lain pula.
3. Saya menemui sepasang suami isteri yang saya anggap amat istimewa.Si suami bisu
dan pekak.Manakala isteri mengalami masalah penglihatan.Matanya kabur hampir buta.
Kedua suami isteri itu tidak mempunyai anak.Mereka tiada pekerjaan.Rumah yang mereka
diami itu pun rumah saudara mereka yang bersimpati kepada mereka.Saya pun tak tahu
bagaimana mereka memperoleh belanja untuk makan minum.Siapa yang menyara
mereka?Sesuatu yang anih ialah Persatuan Buddha ada membantu mereka setiap tahun.
4. Seorang lelaki tinggal di bawah rumah.Rumah tersebut tidak berpenghuni.Tuan rumah
tersebut telah meninggal dunia.Anak cucu tuan rumah tersebut pun tidak berani tinggal di
rumah tersebut.Dengar cerita berhantu.Di bawah rumah tersebut ada sebuah kedai makan.
Diusahai oleh seorang perempuan dari Thailand yang berkahwin dengan orang tempatan.
Mereka tinggal di kedai tersebut.Tetapi lelaki malang tersebut hanya tidur di atas meja
dengan berlapikkan sehelai toto.Perempuan tadilah yang menyara makan minum lelaki itu.
Dia sudah tua dan tidak mampu bekerja.
5. Saya menemui seorang lelaki tua yang terbaring di dalam bilik disebuah rumah.Dia banyak
diam dan kadangkala bangun duduk atau berjalan.Dia melalui suasana hidup yang agak
unik.Hampir 26 tahun dia menghabiskan masa hanya di dalam biliknya.Yang menyara makan
minumnya hanya isteri dan anak-anak.Baru-baru ini dia keluar seketika bercampur
masyarakat.Kini dia menyambung kembali hidup di dalam biliknya.Entah sampai bila lagi.
Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah unik yang telah saya temui.Kalau ada rezeki insya allah
saya akan paparkan.Apa yang perlu kita ingat ialah nasib kita terlalu beruntung.Kalau
kita miskin, masih ramai lagi orang yang lebih miskin.Kebanyakan mereka mengalami
masalah kesihatan mental atau fizikal.Bagaimana mereka nak mendapatkan rezeki?
Makan dan minum?Hanya tuhan saja yang tahu apa yang ada di dalam hati mereka.
Oleh itu sebagai manusia yang prihatin.Marilah kita membantu mereka yang
memerlukannya.Wallahu`aklam.

No comments:
Post a Comment