Saturday, 9 March 2013

Subhanallah! MIKE TYSON – Menitis Jua Air Matanya di Bumi Madinah


Rasanya ramai diantara kita yang mengenali satu nama – Mike Tyson yakni insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju. Tetapi sebagai seorang HambaNya yang lemah, jiwanya nyata tersentuh sehingga menitiskan airmata di Masjid Nabawi tatkala menziarahi melihat makam junjungan kita, Rasulullah SAW.

Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga menyentuh perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah Munawwarah, pada 2 Julai 2010.

Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran Asosiasi Dakwah Kanada (CDA),CDA merupakan Pertubuhan dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam untuk melawat ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan rukun Islam yang ke -5.

Tyson nama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika, 30 Jun 1966. Tyson memeluk Islam ketika dipenjara pada pertengahan tahun 1990. Secara resmi, tahun 1995, selepas keluar dari penjara di Indiana, Tyson mengumumkan penghijrahannya ke agama Islam yang telah dipelajarinya selama berada di dalam penjara, dengan nama baru Malik Abdul Aziz.

Alhamdullillah.. semoga beliau dan kita semua terus diberikan hidayah dan ditunjukkan jalan yang benar… amin…



No comments:

Post a Comment

babab.net